Ilmu Kewangan
TIPS SIMPAN DUIT BERSAMA PASANGAN
1.Sediakan pen, calendar dan tabung kosong.
2.Main O-som dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3.Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam tabung dan tanda ✅ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb,isteri pula masuk RM2 ke dalam tabung dan tanda ✅ pada 2hb pada calendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb suami masukkan RM5 dan begitulah seterusnya...
Mudah je kan..
Senang cerita, masukkan duit dalam tabung kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
Dan setiap hujung bulan. Inilah hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31 = RM496
Best kan! Seronok menyimpan macam ni! Posting ini lebih menarik di kongsi dengan pasangan. Daripada marah-marah pasal Sol. Ooppss!
Sebulan = RM496
Setahun = RM5952
Apa yang boleh buat dengan jumlah sebanyak ni?
Boleh jadikan dana kecemasan✅
Melancong bersama keluarga✅
Deposit kereta✅
Tekan DISINI untuk pertanyaan berkenaan kewangan.
0 Orang Tegur